Tuesday, January 5, 2010

DETIK BERSEJARAH



Inilah detik bersejarah penubuhan Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK) yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Terengganu yang menyaksikan kehadiran lebih 20 Badan Bukan Kerajaan (NGO) pada 3 Januari lalu.

Mereka sepakat mahu memastikan GERTAK akan menjadi pasukan kuat yang mendepani segala isu berkaitan dengan berani, telus serta ikhlas dalam perjuanganya.

GERTAK telah menerima reaksi yang membanggakan daripada rakyat dan sesungguhnya kami amat bangga dengan anda semua.

Sama-samalah kita meneruskan perjuangan ini tanpa henti!....

Allhaukbar!...Allahuakbar....Allahuakbar!

SALAM PERJUANGAN











Salam Perjuangan Buat semua,

Alhamdulillah, akhirnya satu pasukan yang menggabungkan badan bukan kerajaan (NGO) yang merentasi kepentingan politik dan lainnya telah berjaya diwujudkan. Ia dihasilkan daripada semangat, iltizam dan tekad untuk memastikan kepentingan umat Islam dan rakyat terus terpelihara.

Pertama sekali, kumpulan ini yang digelarkan sebagai Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK) akan berperanan sebagai suara rakyat dalam menagani pelbagai isu.

Buat permulaan, GERTAK akan menganjurkan perhimpunan aman bagi membantah sikap pihak tertentu yang sengaja mencabar Islam melalui isu penggunaan nama "ALLAH" yang akan diadakan di Pantai Batu Buruk pada Jumaat ini (8hb Januari 2010) bermula pukul 3 petang.

Perhimpunan ini hanya berteraskan kepada suara rakyat berhubung isu tersebut dan berharap anda semua yang cintakan Islam akan hadir beramai-ramai bagi menjayakannya.